Ni nama nya Gewdixx santai
Nampak aku happy dan tenang aje kan, tapi disebalik senyuman aku ni hati aku dan perasaan aku tengah sakit, sakit atas tuduhan yang diluar pemikiran aku sendiri.
Kejadian ni betul2 membuat aku sedar bertapa tingginya langit tu, ada sesetengah pihak menyalahkan aku dalam hal ini, dan ada juga yang pelik akan kejadian ini dan tidak kuranya ada juga yang rasa kesian ( ada ker yang kesian) ..
Walau apapun tanggapan orang terhadap aku, aku tidak kisah kerana aku rasa tidak salah kalau kita berkawan dan anggap seseorang tu kawan baik kita.tapi benarlah kata A.samad said kan lain padang lain belalang. yea ker? (hentam ajelah labi)
Dugaan sekali ini memang berat untuk aku menghadapi, aku dah Anggap A ni tak ubah seperti abang aku sendiri, selalu mengadu dan berkongsi kisah suka duka ngan A, dan dalam hati ini tak terlintas langsung untuk menyimpan perasaan lain selain dari perasaan adik pada abangnya sendiri, tapi kenapa masih ada yang tak dapat beza antara kasih cinta dan sahabat.
Serasanya aku tak pernah pulak jumpa A ni mcm berdating atau apa, time jumpa mesti kawan-kawan dalam laman sosial join sekali , masa mana pulak datangnya kami ni bercinta, haishh, bila jelaskan tak nak percaya.
Sebabkan hal ni, sekarang family aku asyik warning jangan FB lagi, kalau nak FB nak men game . go on, tp kalau nak chat atau coment baik lupakan. kecewanya dan frust nonggeng aku sekarang ni, sebabkan hal ini aku rasa hidup aku dikongkong,
Aku tahu dan serasanya mesti dia tu baca , kalau dia baca oklah . sekuranya biar dia tahu aku tak pernah dan tak akan pernah untuk ambil suami orang. cuba kenali aku dulu baru boleh menilai siapa aku, dan cuba usul periksa dulu sebelum bertindak apa-apa kerana dia boleh memalukan diri sendiri,
aku sebenarnya berani juga, tapi kalau dah telefon menjerit-jerit memaki aku. rasenya the rock pun bleh lari ( bisa betul ayatnya sampai bisa ular pun kalah) bukan aku tak nak jumpa, tapi dalam keadaan orang marah apa-apa kemungkinan pun boleh berlaku,
Ya Allah hanya Allah aje tahu apa perasaan aku masa ni, masa ni aku rasa langit yang terbentang luas tu hempap atas aku, camtulah aku rasa, aku dituduh punya hubungan dengan suami orang. sedangkan hakikatnya aku hanya berkawan, semua kawan2 aku rasanya tahu aku berkawan dengan A tu.
Entah bagaimana lagi untuk aku bagitahu aku pun tak tahu nak jelaskan pada dia. kenapa susah sangat dia nak percaya erk. kenapa kenapa kenapa, takkan pasal aku rumahtangga dia retak? boleh mati aku macam ni. HIDUP dia tak aman sebab aku, suatu ari nanti dia mesti akan jumpa aku, (MATI KAU MATI LAKI AKU SIAL ) wah ayat ni memang btol btol buat aku tertekan sangat.
Serius aku cakap sekarang aku trauma untuk chat ngan sesiapa sahaja. biarlah apa orang nk kata tentang aku, semua x beerti, Aku cuba untuk faham bagi pihak yang memaki aku ini, tapi aku pelik takkan dia tak tau nak beza kawan ngan cinta. sampai hari ini ak sedih dan terkilan. :( sakit untuk aku teruskan