Saturday, October 13, 2012

My Perfume

Oh My Perfume 

Bila sebut perfume mesti kita mengharapkan bauan dia yg tahan lama kan, dan sanggup berhabis duit yg beratus semata untuk mencari perfume yg berkualiti dan bau yang boleh setiap mata mencari mana datang keharuman ini. 

 Mag ada jalan penyelesaian dia, cakap banayk x guna kan, kalau nk tahu bau dia tahan lama atau tak apa kata u all cuba dulu, tgok btol tak apa yang mag cakap. hehehhe 

 Dulu memang mag x percaya pada perfume cap ayam. dan sanggup x makan untuk kumpul duit nak beli perfume harga yg beratus, tapi x semua perfume yang harga beratus keharuman dia akan bertahan lebih dari  12jam, betol x?

Pada suatuu hari ibu saudara mag telah nego perfume ini pada mag, dengan niat ambil hati mag cubalah beli satu botol, Gucci Flora dengan harga yg agak memuaskan hati. dankebetulan juga esoknya mag kena balik kampung kerana ada kenduri,  mag pun cubalah perfume ni, nk tahu apa reaksi setiap penghuni kat umah yg hadir kenduri umah kat kg, mereka tanya, wanginya dia, mag apa lagi timbulah bangga diri, dan sikit pun mag tak promote perfume tu pada mereka. dan keesokkan harinya mag balik semula kat KL, dan x perasan pulak baju yg mag pakai semasa kenduri tertinggal kat kg, 2 hari kemudian ibu mag call cakap baju tertinggal dan tanya pakai perfume apa, sampai 1 umah bau perfume tu ke botol perfume pecah?? hahahah mag gelak lah, mana ada pecah, tu baru skit aje bu spray kat baju huhuhu, 

 Dan alhamdulillah mungkin rezeki kami nego perfume. ibu sibuk nego kat kg, manakala saya sibuk nego kat kl ni, hehehehe, alhamdulillah ramai pengguna perfume yg kami jual suka, kalau dulu sanggup berhabis duit kat sogo kini tak lagi. bak kata perpatah ' yang mahal x selalunya bagus"

 Sebarang pertanyaan boleh PM saya di FB

Thursday, July 12, 2012

Sumpah Aku Bukan Seperi Itu!!!!

Ni nama nya Gewdixx santai

Dah lama x gedix dalam Belog aku sendiri ni, tak ada apa yang aku nak kongsi cuma nak bcerita apa yang ada dalam hati dan kepala otak aku aje. 


Nampak aku happy dan tenang aje kan, tapi disebalik senyuman aku ni hati aku dan perasaan aku tengah sakit, sakit atas tuduhan yang diluar pemikiran aku sendiri. 


Kejadian ni betul2 membuat aku sedar bertapa tingginya langit tu, ada sesetengah pihak menyalahkan aku dalam hal ini, dan ada juga yang pelik akan kejadian ini dan tidak kuranya ada juga yang rasa kesian ( ada ker yang kesian) ..


  Walau apapun tanggapan orang terhadap aku, aku tidak kisah kerana aku rasa tidak salah kalau kita berkawan dan anggap seseorang tu kawan baik kita.tapi benarlah kata A.samad said kan lain padang lain belalang. yea ker? (hentam ajelah labi) 


  Dugaan sekali ini memang berat untuk aku menghadapi, aku dah Anggap A ni tak ubah seperti abang aku sendiri, selalu mengadu dan berkongsi kisah suka duka ngan A, dan dalam hati ini tak terlintas langsung untuk menyimpan perasaan lain selain dari perasaan adik pada abangnya sendiri, tapi kenapa masih ada yang tak dapat beza antara kasih cinta dan sahabat. 


 Serasanya aku tak pernah pulak jumpa A ni mcm berdating atau apa, time jumpa mesti kawan-kawan dalam laman sosial join sekali , masa mana pulak datangnya kami ni bercinta, haishh, bila jelaskan tak nak percaya. 


 Sebabkan hal ni, sekarang family aku asyik warning jangan FB lagi, kalau nak FB nak men game . go on, tp kalau nak chat atau coment baik lupakan. kecewanya dan frust nonggeng aku sekarang ni, sebabkan hal ini aku rasa hidup aku dikongkong, 


 Aku tahu dan serasanya mesti dia tu baca , kalau dia baca oklah . sekuranya biar dia tahu aku tak pernah dan tak akan pernah untuk ambil suami orang. cuba kenali aku dulu baru boleh menilai siapa aku, dan cuba usul periksa dulu sebelum bertindak apa-apa kerana dia boleh memalukan diri sendiri, 

 aku sebenarnya berani juga, tapi kalau dah telefon menjerit-jerit memaki aku. rasenya the rock pun bleh lari ( bisa betul ayatnya sampai bisa ular pun kalah) bukan aku tak nak jumpa, tapi dalam keadaan orang marah apa-apa kemungkinan pun boleh berlaku, 


 Ya Allah hanya Allah aje tahu apa perasaan aku masa ni, masa ni aku rasa langit yang terbentang luas tu hempap atas aku, camtulah aku rasa, aku dituduh punya hubungan dengan suami orang. sedangkan hakikatnya aku hanya berkawan, semua kawan2 aku rasanya tahu aku berkawan dengan A tu. 


 Entah bagaimana lagi untuk aku bagitahu aku pun tak tahu nak jelaskan pada dia. kenapa susah sangat dia nak percaya erk. kenapa kenapa kenapa, takkan pasal aku rumahtangga dia retak? boleh mati aku macam ni. HIDUP  dia tak aman sebab aku, suatu ari nanti dia mesti akan jumpa aku, (MATI KAU MATI LAKI AKU SIAL ) wah ayat ni memang btol btol buat aku tertekan sangat. 


 Serius aku cakap sekarang aku trauma untuk chat ngan sesiapa sahaja. biarlah apa orang nk kata tentang aku, semua x beerti, Aku cuba untuk faham bagi pihak yang memaki aku ini, tapi aku pelik takkan dia tak tau nak beza kawan ngan cinta. sampai hari ini ak sedih dan terkilan. :( sakit untuk aku teruskan

Thursday, July 5, 2012

Hilang Sabar !!!!

Oh My English

Bengang betol lah, dah suruh buat keja, lepas tu text msg pulak suruh buat cepat. apa ingat aku ni batak ker apa. kalau suruh buat keja bayar tak apa, ni minta tolong pastu nak suruh buat cepat, ingat aku tak ada keja lain ker apa ni, camnilah orang tolong sekali muka senyum aje.. pastu suruh berkali2- apa jenis manusialah,

 Aku tak kisah sangat kalau suruh tu, tapi jangan denmand sangat sat lagi kaki juga orang ni kang. haishh susah juga kalau selalu baik ngan orang ni. Kenapa aku ni selalu mengalah dan beralah ngan mereka, sedangkan bukan mereka yang beri makan untuk aku ni. kalau aku diberi kuasa . nak aje aku hapuskan orang ni, keja nk susahkan aku aje

Tuesday, July 3, 2012

Dugaan KFC

Dugaan Dugaan Dugaan, Hari ini aku datang keja dengan niat baru yang berkobar-kobar iatu nak diet, dan hari ini juga aku pose ganti untuk tahun lepas punya ( ngee baru nak ganti)


 Nak Dijadikan satu cerita, anty satu opis ngan aku bleh plak beli kfc untuk kami breakfast, adesh btol - btol buat iman aku yang sedia nipis ni tergugat,


 Cepat2 aku amik cermin dah tengok badan aku kat cermin, nasib baik aku bleh kawal lagi, alahh kfc tu bkannya aku tak pernah makan pun.(dalam hati yang Allah anty ni time aku pose time tulah dia beli)

 Syukur Alhamdulillah. hari ini syaitan x boleh nak hasut aku. aku nak buktikan yang aku lebih kuat dari syaitan. bwerkkkk padan muka. hehehehheee


Aku Nak Kurussssssssssss !!!!!

Masuk Ni aku tak tahulah yang keberapa juta kali aku cakap AKU NAK KURUS!!!!! tp sampai ke hari ini aku tengok bukan makin kurus tapi makin menjadi gemuknya. salahkan siapa erk kalau aku gemuk?? mestilah salahkan diri sendiri taw nak melantak aje. ohhh Dammm kali ni aku mesti nekad untuk kurus. tak peduli lah apa nak jadi pun. yang pasti aku mesti buang 20kg ,


   Wah giler ker apa kalau buang 20kg mau jadi kerengga aku ni. hehehhe tapi x kisahlah aku mesti turunkan berat badan ni, gemuk sangat malulah nak tengok cermin pun. dah macam king kong pun ada, opss x apa aku kutuk diri sendiri lebih baik dari orang kutuk kan, hehehhee

gemuk giler kang .. adoiiii

Malu betul lah ngan badan camni, serius ni tak tipu, hurm ni mesti faktor makan aje kejanya, tak apa tak apa aku mesti buktikan yang aku akan kurus. mesti mesti

                             ni pic tahun lepas, slim aje kan, hahahahhaa


Aku pun pliklah camner aku leh naik badan cepat sangat nak kata makan banyak , skit aje, tu bagi akulah tapi kalau orang tengok mesti dia mengucap panjang.. hehhehee
  

Pudar Sebelum Waktunya

        Semua dia buat dia rasa betul, bila tegur dia marah kita, tp bila orang lain tegur dia salah, dia salahkan kita plak kenapa x tegur dia, c bleh bayang x mcm mana perasaan aku masa ni??? Sakitnya hati ni mcm jarum duk menari2 kat hati aje. Kadangkala malas nak gaduh, sabar dan pekakkan telinga aje. kan bila bsuara lain plak jadinya. silap2 aku yang makan hati. tapi bila aku buat muka , tak pernah pula dia nak pujuk. habis kira aku yang pujuk diri sendiri.
  Bila perasaan ni melanda syaitan mulalah menghasut bukan2, nasib baik aku ni kuat iman juga (hahaha angkat bakul) Entahlah tak tahu nak kata apa lagi, bila lah perasaan ni nak berakhir.mungkin berakhir bila aku dah tak ada kat muka bumi ni kut. agak2 masa ni baru dia nak hargai kewujudan aku ni.
 

Sentap !!!!

 Macam tergedik pulak bila aku minta kawan2 kutuk aku dan akhirnya aku yang sentap, hurm selama ini aku asyik kutuk orang aje, hari ini baru kena batang hidung sendiri baru aku ada akal,
   Sikit pun aku x salahkan kawan-kawan aku tu, mungkin juga ada betul dan jujur apa yang mereka kata tu, yelah aku ni mcm tak sedar diri, dah lar gemuk buruk plak tu tapi badget macam aku ni cantik sangat.
 Kenapa Selama ini tak ada sorang pun tegur aku, kenapa semua orang x nak tegur sikap aku yang suka sakitkan hati orang. kan bagus kalau aku ada kawan yang boleh tegur aku, sekurang2nya aku rasa mcm disayangi.

Thursday, June 14, 2012

Memory Geng FB

 Haha walau dah beberapa bulan berlalu, namun memory ni juga aku sayang, asyik sembang dalam FB dan tak pernah jumpa, detik yang ditunggu, tibalah masa untuk kami bersatu ( ada mcm nk perang plak kan)
 Rajin betul ayah aku amik pic, bahh amik juga kami semua , semua rakan2 dalam FB baik2 belaka
 tu dia masa ni tengah tunggu awek cun datang Nigina dan Shah hehehe ( yang len bz men EA)
                              Hencem juga baim ni kannn hehehehehe (apple keja minum aje)
                                 keja aku pulak, kaco daun antara Tin dan wawa wachaaaaaaaaaaaaaaa


           besar juga perut Baim tu kan ( nampak tak yang depan oakley gantung kat baju tu, kacak orangnya)
                                        duduk dari depan kiri : Nigina , maggie , mis gud gud
                  Belakang kiri : rhanea , Oyster , kawan oyser, bobob, baim , apple, amri , shah, Tin , Langau

           Miss Gud Gud & Maggie


Agaknya bila lagi lah erk kami aku jumpa kembali ni, seronok sangat time ni, lokasi The mines serin kembangan dan Satay kajang. kenyang perut masa ni, TERIMA KASIH AYAH  TENGKU AIMAN KERANA BELANJA KAMI SEMUA MASA NI, WE LOVE U

Minah Poker 90 an

Wawa Yasin

                                                                                                         Yaya  Hamid

Bukan Mengungkit tapi sengaja nk bercerita detik perkenalan kami, Perkenalan ni memang Indah kan bagi yang menghargai, tapi aku benar2 menghargai detik perkenalan ini, sweet sekalii tu, 
  Al-kisah bermula di meja judi (poker dalam Tagged, masa ni fB x berapa femes sngt, so aku poker pakai tagged ngan my-space aje) ni kalau tak silap tahun 2009 lagi aku kenal ngan cik wawa ni, 
 Masa tu aku ngan kenalan juga nama farid ngan saki, selalu men setable walau tak hebat mana men poker, tapi ok lah dari x buat apa2 sekurang2nya aku ada masa untuk berpoker, sehari tak poker rasa hidup ni gelap (macam penagih plak kan ekekekek) hari2 men tapi x kaya2 juga chip ni, kaya pun mungkin lambat sebab tab paling besar men pun 10k kebawah der, 
 Suatu malam ni aku , saki dan farid duk setable, pastu ada lah awek mana entah (wawa sebab masa ni aku tak kenal lagi minah ni ekekekek) duk memanggil Farid tu, hurm pelik juga ni selama duk setable dengan farid dan geng tak pula ada awek datang cari (ayokkk farid dah pandai bercinta erk) 
  Farid pun bler bler juga, mau tak bler, cik wawa dah buat giler, meroyan kat tab mcam mak jemah (wkwkwkwkwkwkw gurau aje yunk wawa) aku ingt lagi skrip yang wawa baca ' farid awk kenal tak siapa saya, sampai hati awk lupa saya, dan bla2 mcm jejak kasih plak kat table ni dengan kehadiran wawa tu) pastu siap minta chip ngan farid, notty juga wawa ni kan (bwerkkkkkkkkkk) korang tahu tak masa ni aku happy sekali nk aje kembali saat ni
  Dari sinilah aku kenal ngan wawa yasin ni. sejak dari malam tu, tiap2 malam jumpa kat table layan poker sampai pagi esok, giler sebab poker ni aku leh turun berat badan, mahu tak turun, makan lupa mandi lupa, nk kencing tahan, berak pun tahan wei al-maklumlah masa ni chip tengah mahal kan, hilang 2k pun rasa mc 1b yang hilang wei .. hek hek hek hek
   Aku ngan wawa men poker punya satu misi... nak tahu apa misi tu? tunggu aku update lagi.....

Wednesday, June 13, 2012

Sakit



Bila kita gembira , tidak bermakna tiada duka
Duka tu dah menjadi sebahagian dari kehidupan
Bohong kalau Hidup tak pernah berduka
Tipu kalau hidup tak pernah merasa sakit

Hari-hari yang mendatang ,
Bukan hari yang menjanjikan seribu kemanisan
Namun hari yang berlalu
Tidak pula meninggalkan seribu kedukaan

Semua amarah , Benci , suka , sayang.
Adalah mainan Duniawi
Namun disebalik permainan ini,
masih tersembunyi hikmahnya.



Tuesday, June 12, 2012

Happy Befday Kakakku

Happy Befday kakak, hurmmm dah berumur kakak cute ni, tapi makin cantik plak hehehee, neutral beuty kakak saya ni. Semoga kakak dipanjangkan umur dan dimurahkan rejeki yang melimpah Ruah, ngeeeeeeeeee we love u Forever kakak

Monday, June 4, 2012

Serabut urat perut

camner aku nak gambarkan perasaan aku sekarang erk, memang aku dalam dilema tahap ICU, hurm salah aku juga terlalu berlembut dan terlalu nak menjaga hati dan persaan orang sampai hati aku ni tak ada siapa pun nak jaga, sedih ker aku ni, sakit ker aku ni, takut ker aku ni, tak ada siapa pun nk cuba faham apa yang aku rasa, haip nasib ko lah alya, dah memang tersurat pun jalan hidup macam ni,
   Si A ni tahu marah dah suruh aku buat diluar kemampuan aku, bukan aku tak nk tolong si A ni tapi aku kesian lar kat si B ni sebab aku tahu si B ni mcm mana, tapi dalam masa yang sama aku dapat rasakan si B ni ambil kesempatan pulak bila aku selalu berlembut dan beri muka, kadang tu betul juga tindakan si A, suruh aku minta apa hak aku yang ada pada si B ni, tp aku nak wat camner, bukan aku tak pernah bagitau si B ni, dah naik sawan mulot ni bgtau, tp buat dek aje, bila nk stopkan segala, pandai plak merayu, alahai aku ni plak lemah dengan rayuan dan mudah kesian, tapi selagi aku terikat dengan si B , selagi tu masalah tak pernah nk selesai, sebenarnya aku dah bosanlah hidup macam ni,perlukah aku bterus terang ngan si B ni apa masalah yang aku hadapai sekarang ni?

Tuesday, April 24, 2012

Cute Btol anak Erra Fazira ni


 pic ni aku rompak kat ErraFazira Fanpage.. hek hek hek 

Thursday, April 19, 2012

Dora LoLi Cute

hehe ni aku nk kongsi beberpa pic yang begitu mncuit hatiku.. siapa lagi kalau bukan si comel yang agak comel tu.. Nur Rhanea Marissa
14/02/2011 masa ni baru umur dia baru 5 jam. agagaggaga

16/02/2011 hehehe masa ni umur kita baru umur 3 hari taw...

19/02/2011 tengok muka kita dah berubah sikit.. tp masih mbammm

19/02/2012 hurmm lenanya tidor.. mengalahkan atoknya plak.. buka econn tu
Dora dah besar.. lau x sillap umur dia masa ni dah 5 bulan.. 
alahai penatnya muka dia..... 
Dora nak tido daaaaaa
saya nk layan upin ipin jap ok.. hek hek hek

Masa untuk mandi owhh yeahhhhh

ehh ni bukan kita.. ni cousin kita Anis Sofiyya

layan game jap kat The Mines.. hehehhee

Penatlah Shopping aje taw.. 

alamakk tak jadi plk bila capture sendiri. anybody help mee...!!



aummmmm rimau mengaummm













                                              Dora ni bertudung tapi pakai baju tak ada lengan
                                           apa yang lawak pun x tawlah gelak sampai tutup mata
                                              Hanie & Hana yang nowtie... Peaceeee
                                                              Baru Belajar Jalan !!! peace
                                                                   Kueh Kueh Kuehh
                                            Nak Men cak cak ngan siapa lagi ni.. mcm penat aje
                                              kita ada tanduk.....hek hek hek
                                                   Macam ni oklah kan seksi tu
                                                         Janganlah tengah seksi ni
                                               Muka ni mcm dah habis style lar

Love Is Story